Tuesday 17 August 2010

Kenangan Terindah dibulan Ogos 2010

Pertandingan fotografi amatur yang telah dianjurkan oleh salah sebuah hotel yg terkemuka diBrunei Darussalam iaitu The Empire Hotel & Country club yang bertemakan yang berbagai kepada kategori 'ORANG' 'DALAMAN' dan juga 'LUARAN' lebih 125 gambar dihantar oleh 60 perserta yang mengikutinya.Dimana setiap kategori ada pemanangnya seramai sembilan orang yg berjaya.Gambar-gambar tersebut telah pun dihakimi oleh jurugambar profesional seperti Jerome Wong, Steven Goh, Jan Shim, Awang Saffri Haji Halim dan Haji Zailaney Haji Nordin berdasarkan KUALITI, NILAI, KOMPOSISI & EMOSI gambar.Hanya 30 gambar dihakimi dan daripadanya, hanya 15 gambar akan digunakan dalam mengkomersialkan perniagaan hotel itu. Dan Penghakiman terahir dipilih mengambil masa dalam tiga hari yang mana ahli kakitangan hotel dijemput untuk memilih tiga foto terbaik dalam setiap kategori. Penyampaian telah pun dijalankan pada 6hb ogos,2010 jam230petang bertempat Business centre main atrium level5 The Empire Hotel & Country Club,Brunei Darussalam. Dalam pertandingan itu dimana Safuan Haji Abdul Majid membolot kemenangan dalam kategori 'ORANG' dan 'DALAMAN' yang masing-masingnya membawa pulangan hadiah Kamera Canon EOS 1000D SLR, baucher penginapan tiga hari dua malam dibilik Deluxe Hotel Empire serta sijil penyertaan. Dan manakala pula dalam kategori 'LUARAN' dimenangi oleh Rickster yang memenangi membawa pulang hadiah kamera Canon EOS 1000D SLR, baucar penginapan tiga hari dua malam dan sijil penyertaan. Dan senarai pemenang-pemenang seperti dibawah ini:

kategori 'ORANG'

Pertama : Safuan bin Haji Abdul Majid
Kedua : Rickster
KeTiga : Haji Tejuddin Bin Haji Sulaiman.

Kategori 'Dalaman'

Pertama: Safuan Bin Haji Abdul Majid
Kedua: hj Iiham Rohaidi bin Hj Mashud
Ketiga : Hajah Hanisah binti Hj Muhammad

Kategori 'LUARAN'

Pertama: Rickster
Kedua: Mohd Yussof jabberi
Ketiga: Hj Mohd Hamdani

Senarai Hadiah-hadiahnya:

Pertama-Penginapan Tiga hari Dua malam dibilik Deluxe Room dan serapan pagi untuk Dua orang
Kamera Canon EOS 1000D SLR 18-55mm IS kit.
Sijil penyertaan dan kemenangan.

Kedua - Penginapan Dua hari Satu malam dibilik superior Room dan serapan pagi untuk Dua orang.
Kamera Power Shot E 1 Compact .
Sijil penyertaan dan kemenangan.

Ketiga - Dinner BBQ Seafood night untuk Dua orang diPantai Restaurant.
Canon IP2772 Printer.
Sijil penyertaan dan kemenangan.


Peraduan tersebut bermula sejak 20hb July,2010 hingga 27hb July,2010 @ 3petang.
Dan tema pertandingan adalah "Experience The Magic" sempena 10th Anniversary hotel tersebut dan juga sempana Hari keputeraan Sultan yang ke 64th.

Kemasukan pertandingan sebanyak B$15.00 sahaja.

Bagi kawan-kawan seperjuangan Din yang tak berjaya itu jangan putus asa dan peluang anda masih lagi cerah.InsyaALLAH.

"70% adalah datangnya dari USAHA & Doa saya dan anda Serta 30% adalah datangnya dari KELEMAHAN,KEGAGALAN saya sendiri."

Sunday 18 July 2010

Monday 5 July 2010

Wednesday 21 April 2010